SEKOLAH KEBANGSAAN SERI HARTAMAS

Thursday, May 27, 2010

Cuti Hari Wesak

Hari ini hari jumaat, 28 hb Mei 2010.Cuti umum bagi seluruh rakyak Malaysia.Selamat Hari Wesak kepada mereka yang meraikannya.
Setelah berhempas pulas menghadapi peperiksaan, cuti hari ini merupakan bonus buat murid- murid sebab dapat berehat panjang sedikit,tapi bagi guru-guru walaupun cuti kami tetap dengan kerja......apalagi kalau bukan menyemak kertas jawapan murid-murid.
Guru tetap guru, mengajar mendidik dan membimbing dari rumah hinggalah ke sekolah. Bukan hanya menyemak tapi menilai sejauh mana murid dapat menguasai apa yang telah dipelajari.....seronok !!!!!!!! macam pak nujum, tengok jawapan murid sudah dapat mengagak sejauh mane murid dapat pegi. Siapalah mereka tanpa guru, yang mengerah seluruh tenaga dan buah fikiran untuk mencurahkan ilmu sebagai penyuluh hidup.

PKSR 1 Bermula

24 hb Mei 2010, PKSR 1 bermula.Murid-murid sksh mula sibuk menduduki kertas PKSR1. Kehadiran murid waktu exam mencecah 100%, maklumlah exam katakan. Hari biasa sering kali didapati ada saja murid yang tidak dapat menghadirkan diri ke sekolah.
Guru disiplin lah yang pening, guru dan pengawas yang bertugas pula sibuk mencatat nama-nama murid yang datang lewat.
Hairan kan bila exam saja, hanya sebahagian kecil aje murid yang lewat hadir ke sekolah, itu pun tertinggal bas atau mak dan ayah bangun lewat.Tapi kalau hari biasa eh ehh ehhh berbaris panjang mereka yang lewat.Lebih lebih lagi hari Isnin ..... kenapalah macam tu jadi nya ....