SEKOLAH KEBANGSAAN SERI HARTAMAS

Friday, August 20, 2010

Tadarus Al-Quran Peringkat Sekolah

Bersempena dengan kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak,pihak Panitia Agama Islam telah menganjurkan pelbagai aktiviti ihya' Ramadhan.Antara lainnya adalah majlis bacaan Yaasin,majlis berbuka puasa dan solat hajat bagi murid tahun 6, tazkirah Ramadhan serta program tadarus Al-Quran yang diadakan setiap hari sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini.




Thursday, July 29, 2010

KEM MOTIVASI UPSR

Pihak Sekolah dengan kerjasama PIBG telah mengadakan Kem kecemerlangan UPSR bagi tujuan memberi pendedahan kepada peserta khususnya murid-murid tahun 6 teknik menjawap soalan BM,BI, MAT, SN sebagai persediaan menghadapai UPSR akan datang.
Kem tersebut telah diadakan di Bangunan BAKTI Siti Hasmah, Cangkat Abang Haji Openg, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur.






























































Tuesday, June 8, 2010

Kelas Peningkatan Akademik

Makluman kepada murid-murid tahun 6.

Kelas peningkatan akademik atau lebih popular dengan jolokan kelas tambahan di adakan pada 07 hb Jun hingga 10 hb Jun 2010
Berikut ialah jadual kelas tersebut untuk panduan murid.

Friday, June 4, 2010

Majlis Tahlil dan Doa Selamat

Assalamualaium wrt wbrt,

Di jemput kepada semua guru-guru SKSH menghadiri Majlis Tahlil dan Doa Selamat sempena majlis berkhatan anak lelaki PK Kokurikulum En Ahmad Rapaie b Muhammad di kediaman beliau di Bandar Selayang Batu Caves.

Pada
  • Tarikh : 06/06/2010
  • Hari : Ahad
  • Mulai Jam :12.30 tgh

Kehadiran tuan/puan akan memeriahkan lagi majlis ini.

Sekian Terima Kasih

Cuti Sekolah

Cuti pertengahan tahun bermula dari 05hb Jun hingga 20 hb Jun. Semua murid seronok bila mendengar perkataan ‘cuti’.Keramat betul perkataan itu! Entah mengapa semua murid ternanti-nanti kalimat itu dilaungkan,terutamanya sewaktu perhimpunan. Bila saja diumumkan oleh guru besar , murid sudah pasti bersorak seolah-olah menang hadiah besar.
Hai, cuti cuti cuti , jangan ingat semua cuti. Bagi murid-murid tahun 6, jangan lupa untuk menghadiri program peningkatan akademik ( Kelas Tambahan) waktu cuti sekolah nanti. Maklumlah masa dah semakin suntuk , UPSR pun dah tak lama lagi.
Cuti bukannya bermakna kita cuti dari segala-galanya, mensia-siakan masa tanpa diisi dengan aktiviti yang bermanfaat, buku ditinggalkan tanpa di belek dan di telaah. Rancanglah cuti dengan sebaik-baiknya, kerana masa yang berlalu tidak akan kembali lagi……

Thursday, May 27, 2010

Cuti Hari Wesak

Hari ini hari jumaat, 28 hb Mei 2010.Cuti umum bagi seluruh rakyak Malaysia.Selamat Hari Wesak kepada mereka yang meraikannya.
Setelah berhempas pulas menghadapi peperiksaan, cuti hari ini merupakan bonus buat murid- murid sebab dapat berehat panjang sedikit,tapi bagi guru-guru walaupun cuti kami tetap dengan kerja......apalagi kalau bukan menyemak kertas jawapan murid-murid.
Guru tetap guru, mengajar mendidik dan membimbing dari rumah hinggalah ke sekolah. Bukan hanya menyemak tapi menilai sejauh mana murid dapat menguasai apa yang telah dipelajari.....seronok !!!!!!!! macam pak nujum, tengok jawapan murid sudah dapat mengagak sejauh mane murid dapat pegi. Siapalah mereka tanpa guru, yang mengerah seluruh tenaga dan buah fikiran untuk mencurahkan ilmu sebagai penyuluh hidup.

PKSR 1 Bermula

24 hb Mei 2010, PKSR 1 bermula.Murid-murid sksh mula sibuk menduduki kertas PKSR1. Kehadiran murid waktu exam mencecah 100%, maklumlah exam katakan. Hari biasa sering kali didapati ada saja murid yang tidak dapat menghadirkan diri ke sekolah.
Guru disiplin lah yang pening, guru dan pengawas yang bertugas pula sibuk mencatat nama-nama murid yang datang lewat.
Hairan kan bila exam saja, hanya sebahagian kecil aje murid yang lewat hadir ke sekolah, itu pun tertinggal bas atau mak dan ayah bangun lewat.Tapi kalau hari biasa eh ehh ehhh berbaris panjang mereka yang lewat.Lebih lebih lagi hari Isnin ..... kenapalah macam tu jadi nya ....