SEKOLAH KEBANGSAAN SERI HARTAMAS

Friday, June 4, 2010

Cuti Sekolah

Cuti pertengahan tahun bermula dari 05hb Jun hingga 20 hb Jun. Semua murid seronok bila mendengar perkataan ‘cuti’.Keramat betul perkataan itu! Entah mengapa semua murid ternanti-nanti kalimat itu dilaungkan,terutamanya sewaktu perhimpunan. Bila saja diumumkan oleh guru besar , murid sudah pasti bersorak seolah-olah menang hadiah besar.
Hai, cuti cuti cuti , jangan ingat semua cuti. Bagi murid-murid tahun 6, jangan lupa untuk menghadiri program peningkatan akademik ( Kelas Tambahan) waktu cuti sekolah nanti. Maklumlah masa dah semakin suntuk , UPSR pun dah tak lama lagi.
Cuti bukannya bermakna kita cuti dari segala-galanya, mensia-siakan masa tanpa diisi dengan aktiviti yang bermanfaat, buku ditinggalkan tanpa di belek dan di telaah. Rancanglah cuti dengan sebaik-baiknya, kerana masa yang berlalu tidak akan kembali lagi……